July 5, 2024

Bintang Selangor mengumumkan persaraan dari bola sepak disebabkan

PENYOKONG Selangor sekali lagi menerima berita buruk selepas pemerhati bola sepak, Zulhelmi Zainal Azam mengesahkan bintang baharu Gergasi Merah, Reziq Bani Hani terpaksa berehat panjang.

Reziq menerima kecederaan tersebut selepas beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan empat penjuru, RCTI Premium Sports menentang Persija Jakarta awal bulan ini di Indonesia.

Ia bagai tamparan hebat buat skuad kendalian Nidzam Jamil yang kehilangan tonggak utama pasukan, Muhammad Faisal Halim yang terpaksa berehat panjang selepas menjadi mangsa simbahan asid pada bulan lalu di pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi perkongsian Zulhelmi dalam laman X, Reziq dijangka berehat selama enam minggu dan terlepas perlawanan pusingan ke-16 Piala FA menentang Negeri Sembilan pada 15 Jun nanti.

Namun begitu, penyokong Selangor tidak perlu khuatir kerana penyerang Jordan itu sudah mula menjalani latihan pemulihan bersama pegawai perubatan Gergasi Merah.

Jangan risau penyokong Selangor', Reziq dah mula jalani proses pemulihan - Sukan | Majoriti

Reziq juga dilihat sudah melakukan latihan berintensiti tinggi dengan mengangkat berat dan beberapa senaman yang memerlukan kekuatan kaki.

Jika semua berjalan lancar, Reziq berkemungkinan kembali lebih awal namun memerlukan ‘fitness match’ yang tinggi untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan kerana tidak dapat bermain selama sebulan.

Sebelum ini, Selangor menjuarai kejohanan RCTI Premium Sports selepas mudah menundukkan Persija Jakarta dengan keputusan 1-0 namun terpaksa menerima berita buruk selepas kehilangan Reziq dalam perlawanan akhir itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *